Saturday, February 6, 2010

Anak Luar Nikah... 250,000 orang.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana melahirkan begitu ramai anak-anak luar nikah.. klik disini untuk berita lanjut. Kenapa aku sibuk pula? Apa nak hairan, ape diorang takut... pengalaman aku sendiri menangkap mereka yang berkhalwat dan didapati bersalah cume kena kaunseling setiap Ahad di Masjid negeri selama 4 kali lepas tu denda cuma RM1000.oo seorang je. Siapa nak takut , esok kalau buat lagi.. kena tangkap.. bayor je denda bukan kena sebat pun.. dan akhirnya tercapailah angka suku juta untuk anak luar nikah ni.. itu yang tertulis.. yang dalam tong sampah, pintu masjid, dalam longkang, dalam lubang taik.... apanakkata.

khutbah Jumaat

Khutbah jumaat semalam di sampaikan oleh ustaz Ghani Abd Rahman. Padat isinya tak meleret-leret macam sesetengah khutbah .. mengantuk. Katanya..'Jagalah diri dan keluarga mu dari api neraka'.. Allah sebut jaga dari api neraka bukan dari kelaparan, kesusahan, kemiskinan. mendalam ayat ni kepada sesiapa yang nak memikirkannya. kalau setakat nak bagi makan kat anak bini sendiri usahkan kita binatang pun pandai bela dan bagi anaknya makan. Beruk dalam hutan tu cubalah ambil anak dia kalau dah rasa hebat sangat ..kalau mak bapak dia tak sepak terajang hang balik... usah baca blog ini lagi... Sebab itu Allah suruh kita jaga dari api neraka. Beruk apa peduli .. akal pun tarak .. ape die tahu neraka syurga... Kita ni yang bergelar insan.. apamacam nak kena sama ngan beruk ke? Bai.. yang penting walau apa sekali pun bentuk rintangan dalam menghadapi hidup ini jangan sesekali membelakangi perintah agama. Jangan jadikan alasan menyara anakbini sebagai menghalalkan segala tindakan kita. Rasuah, penyelewengan, tipu, menindas, memfitnah, tinggal fardhu ain hanya semata-mata mengejar keduniaan. Hanya kerana kerja kita sanggup meninggalkan solat kerana terlalu sibuk katanya.. sedarlah rezeki yang kita cari dengan sampai meninggalkan solat apalah gunanya.... Kerana kerja sanggup bangun awal pagi, siap kunci jam takut terlewat.. tapi bila hari cuti jam campak ketepi.. jangan kacau aku, aku nak tidur sampai tengah hari..... apanakkata..

Thursday, February 4, 2010

Rumah Kedua.....Haram?

Kisah benar ini telah berlaku lama dulu, member aku ni tanya tentang hukum beli rumah yang kedua... Aku jawab kalau tak silap aku ustaz ada bagitau dalam soal ini ada dua jawapan.
1] Kalau beli secara tunai hukumnya harus. Belilah rumah sepuluh buah pun kalau secara tunai maka jawapan nya harus.
2] Kalau beli secara hutang dan melibatkan riba .. hukumnya haram.

Member aku macam tak faham je... atau buat2 tak faham.. ialah, hukum asal beli rumah di Malaysia ni yang mengamalkan sistem kapitalis dan bukan sistem Islam memanglah darurat dan ulamak sepakat kata harus. Nak buat cam ne dah negara aku cam ni.. riba dan rasuah dah macam sedara mara die aje... Dan dalam posting aku daruriat, hajiat dan tahsiniat
beli rumah ini dah kira jatuh hukum daruriah tetapi perlu di ingatkan darurat ini dalam maksud rumah yang pertama dan bukan untuk rumah yang kedua. Kenapa perlu rumah kedua kalau ada niat sekadar untuk di sewakan dan bila cukup masa habis hutang akan di jadikan aset. Itu yang jatuh haram bila niat sudah tidak releven lagi." Tapi sheihk rumah ini untuk anak aku bila besar nanti".. katanya.. No way aku cakap... apa hal beli sekarang pulak? darurat ke dia hingga kena beli sekarang? kenapa akan datang rumah dah tak di buat lagi ke? Ngarut... jangan nak tipu Allah , dah bagi kelonggaran nak ambil kesempatan pulak... Dan bagi aku yang jahil dan ' loser' ini biarlah aku menyewa sahaja nanti dah pencen nanti ambil duit buat je rumah sendiri habis cerita tak payah terlibat ngan riba... [ ini belum cerita bab riba dalam KWSP lagi, nantilah aku post]



Quotation...

Siang tadi aku menghadiri mesyuarat membincangkan aktiviti persatuan sepanjang 2010 ini.. Salah satu agendanya ada menyebutkan aktiviti luar [outbound] yang biasanya melibatkan konsultant yang bertauliah... Biasanya program yang berlangsung 3 hari 2malam ini melibatkan jumlah duit yang berkisar dari serendah rm10,000 hingga rm15,000. Dan pada zahirnya jumlah duit yang sebanyak ini mampu membuatkan kita gelap mata untuk seketika. Namun apabila saja nama aku keluar maka akulah orang pertama yang menolaknya... bukan ape beb dalam bab ini macam-macam boleh berlaku.. maklumlah kita orang tengah antara pihak majikan dan konsultant.. So apa yang aku nak kongsi ialah.. bukan sekadar orang politik sahaja yang mengamal 'bawah laci' tapi pada tahap keciput ini pun ada berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, claim yang tak sepatutnya, unseing claim dan sebagainya... kalaulah kita cuba menolak pasti ada tawaran dari pihak yang menawarkan latihan untuk kita menimbangkan tawaran mereka dan begitu juga sebaliknya.. so pada aku yang jahil ni biarlah aku menjauhi diri dari tanggungjawab ini.. Biarlah aku susah dari aku menanggung derita di 'sana' nanti... pada mereka yang membaca blog ini fikirlah rezeki yang kita perolehi untukk anak isteri kita.. Kenapa aku tulis macam ni??? sebab aku dah lihat sendiri dan sedia bertanggungjawab atas tulisan ini.... Allah Maha Mengetahui...

Daruriat, hajiat dan Tahsiniat...

Aku teringat seorang ustaz kat tempat aku ada memberi ceramah tentang keperluan [hajat] dan kemewahan [ tahsiniat]. Contohnya begini: Darurat = sesuatu jikalau tiada ada pada seseorang maka ia menjadi satu kemudaratan kepadanya contoh: makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kalau tak de makanan maka kita akan mati, kalau kita tiada pakaian maka bagaimana kita hendak beribadah serta menutup aurat kita dan jikalau tiada tempat penginapan bagaimana kita hendak beribadat serta membesarkan ahli keluarga kita. Hajiat @ keperluan = adalah seperti yang di beri contoh oleh ustaz tersebut ialah seperti kenderaan, keperluan memasak,peralatan rumah seperti katil, meja, perabut, peti ais, seterika, Tv, komputer, mesin basuh dan sebagainya. Menurut ustaz tersebut setelah segala tuntutan daruriat di penuhi maka bolehlah di teruskan dengan hajat-hajat yang lain, ini tidak di larang di dalam ajaran Islam. Tahsiniat [kemewahan ] = inilah yang selalu menjadi kontroversi kata nya lagi.. memang nabi ada bersabda ”Kalaulah anak Adam memiliki 2 lembah emas sekalipun, nescaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan tertutup mata anak Adam melainkan dengan tanah (mati)”. Contoh: kalaulah sudah memliki rumah teres tukar pula rumah banglo, kalaulah sudah memiliki Proton waja tukar pula ke BMW, kalaulah sudah ada handphone canggih tukar pula ke I-pod canggih, kalaulah sudah ada TV 29' tukar pula ke Plasma 50'. Itu lebih kurang fahaman aku berdasarkan ceramah ustaz tersebut.... ingat! mengumpul harta memang tak bersalah tapi di akhirat nanti kita akan di tanya .. alah malaslah nak tulis lagi.. bacalah seterusnya di sini.


Iswara vs Civic FD5 ..

Hari ini aku sahaja lalu depan rumah member aku dalam perjalanan ke tempat kerja.. dalam risik-risik tu terpegun jap aku.. HONDA CIVIC FD5 2009 ... MasyaAllah boleh tahan mamat ni... dalam diam -diam dah pasang kereta lagi satu... alhamdulillah seorang lagi member aku yang dah boleh di anggap berjaya.. ialah zaman sekarang ukuran seseorang di ukur dengan harta yang di miliki. Boleh lah nanti tumpang sekaki .. heheheh. Kalau nak di bandingkan dengan iswara keluaran 1996 aku ni macam langit dengan bumi la gamaknya.. Anyway dah sifat aku.. lantaklah aku bukan jenis yang ada sifat cemburu ke, dengki ke, dah itu rezeki die.. Kalau dibandingkan dengan kengkawan aku lepasan SPM dahulu.. maka bermakna akulah yang paling 'loser' sekali... Iswara je beb .. tu lah kereta aku since 2000 lagi... Ramai yang suruh tukar je beb.. termasuk lah pakcik2 aku sendiri.. anyway mak ayah aku tak pernah langsung merungut aku pakai kereta buruk ni.. suka hati aku lah.. dan kereta aku ni jarang2 sekali menyusahkan tuannya sepanjang sedekad aku bersamanye.. kalau lah aku melupakan jasanya maka aku lah orang yang paling tak kenang budi.. janjiku pada kereta ku ..kau akan ku jaga sehingga akhir hayatmu.. Rupa-rupanya ada hikmah aku pakai kereta buruk ni.. sekurang-kurangnya tak adalah awek yang tersangkut dengan keadaan kereta aku yang 'cun' itu.. senang hati aku selamat dunia akhirat... seperti dalam posting aku babi vs perempuan yang lalu. kalau lah aku ada kereta macam FD5 confirm aku bukan lagi diriku yang 'loser' ini.. alhamdulillah.

Wednesday, February 3, 2010

Babi vs Perempuan

Dulu ade sekali aku dan kawan aku berposing dengan sebuah patung babi di Mine Shopping Center Sg Besi... maka bermacam 'fatwa' keluar suruh kita orang koyakkan gambar tersebut, tak eloklah , haram lah, macam-macam lah fatwa lagi keluar... [nanti kalau aku jumpe lagi gambar tu aku posting kat blog ini]... tapi aku yang jahil ini buat bengap je.. tak buang pun gambar tuu tapi lupa letak kat mane... habis aku pun jawab lah balik dengan ilmu aku yang dangkal ini.. aku tanya diorang " mana lebih mulia kalau aku bergambar dengan seekor BABI dengan aku bergambar dan bersentuhan dengan perempuan yang bukan muhrim dengan aku?" ...... dan jawapannya... biasanya kelu seribu bahasa.. baru tersedar lah tu.. aku rasa lah kan lebih baik aku pegang babi yang dah haram tu tapi belum tentu aku berdosa dari aku pegang perempuan yang 'suci' itu dan dah tentu aku dapat dosa free... fikirlah sendiri..

Ath-Thabarani meriwayatkan, Nabi saw. bersabda yang artinya, “Awaslah kamu dari bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita malainkan dimasuki oleh setan antara keduanya. Dan, seorang yang BERPELUKAN dengan babi yang berlumuran lumpur yang kotor LEBIH BAIK daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.”