Saturday, February 6, 2010
khutbah Jumaat
Khutbah jumaat semalam di sampaikan oleh ustaz Ghani Abd Rahman. Padat isinya tak meleret-leret macam sesetengah khutbah .. mengantuk. Katanya..'Jagalah diri dan keluarga mu dari api neraka'.. Allah sebut jaga dari api neraka bukan dari kelaparan, kesusahan, kemiskinan. mendalam ayat ni kepada sesiapa yang nak memikirkannya. kalau setakat nak bagi makan kat anak bini sendiri usahkan kita binatang pun pandai bela dan bagi anaknya makan. Beruk dalam hutan tu cubalah ambil anak dia kalau dah rasa hebat sangat ..kalau mak bapak dia tak sepak terajang hang balik... usah baca blog ini lagi... Sebab itu Allah suruh kita jaga dari api neraka. Beruk apa peduli .. akal pun tarak .. ape die tahu neraka syurga... Kita ni yang bergelar insan.. apamacam nak kena sama ngan beruk ke? Bai.. yang penting walau apa sekali pun bentuk rintangan dalam menghadapi hidup ini jangan sesekali membelakangi perintah agama. Jangan jadikan alasan menyara anakbini sebagai menghalalkan segala tindakan kita. Rasuah, penyelewengan, tipu, menindas, memfitnah, tinggal fardhu ain hanya semata-mata mengejar keduniaan. Hanya kerana kerja kita sanggup meninggalkan solat kerana terlalu sibuk katanya.. sedarlah rezeki yang kita cari dengan sampai meninggalkan solat apalah gunanya.... Kerana kerja sanggup bangun awal pagi, siap kunci jam takut terlewat.. tapi bila hari cuti jam campak ketepi.. jangan kacau aku, aku nak tidur sampai tengah hari..... apanakkata..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment