Thursday, February 4, 2010

Iswara vs Civic FD5 ..

Hari ini aku sahaja lalu depan rumah member aku dalam perjalanan ke tempat kerja.. dalam risik-risik tu terpegun jap aku.. HONDA CIVIC FD5 2009 ... MasyaAllah boleh tahan mamat ni... dalam diam -diam dah pasang kereta lagi satu... alhamdulillah seorang lagi member aku yang dah boleh di anggap berjaya.. ialah zaman sekarang ukuran seseorang di ukur dengan harta yang di miliki. Boleh lah nanti tumpang sekaki .. heheheh. Kalau nak di bandingkan dengan iswara keluaran 1996 aku ni macam langit dengan bumi la gamaknya.. Anyway dah sifat aku.. lantaklah aku bukan jenis yang ada sifat cemburu ke, dengki ke, dah itu rezeki die.. Kalau dibandingkan dengan kengkawan aku lepasan SPM dahulu.. maka bermakna akulah yang paling 'loser' sekali... Iswara je beb .. tu lah kereta aku since 2000 lagi... Ramai yang suruh tukar je beb.. termasuk lah pakcik2 aku sendiri.. anyway mak ayah aku tak pernah langsung merungut aku pakai kereta buruk ni.. suka hati aku lah.. dan kereta aku ni jarang2 sekali menyusahkan tuannya sepanjang sedekad aku bersamanye.. kalau lah aku melupakan jasanya maka aku lah orang yang paling tak kenang budi.. janjiku pada kereta ku ..kau akan ku jaga sehingga akhir hayatmu.. Rupa-rupanya ada hikmah aku pakai kereta buruk ni.. sekurang-kurangnya tak adalah awek yang tersangkut dengan keadaan kereta aku yang 'cun' itu.. senang hati aku selamat dunia akhirat... seperti dalam posting aku babi vs perempuan yang lalu. kalau lah aku ada kereta macam FD5 confirm aku bukan lagi diriku yang 'loser' ini.. alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment