Thursday, February 4, 2010
Quotation...
Siang tadi aku menghadiri mesyuarat membincangkan aktiviti persatuan sepanjang 2010 ini.. Salah satu agendanya ada menyebutkan aktiviti luar [outbound] yang biasanya melibatkan konsultant yang bertauliah... Biasanya program yang berlangsung 3 hari 2malam ini melibatkan jumlah duit yang berkisar dari serendah rm10,000 hingga rm15,000. Dan pada zahirnya jumlah duit yang sebanyak ini mampu membuatkan kita gelap mata untuk seketika. Namun apabila saja nama aku keluar maka akulah orang pertama yang menolaknya... bukan ape beb dalam bab ini macam-macam boleh berlaku.. maklumlah kita orang tengah antara pihak majikan dan konsultant.. So apa yang aku nak kongsi ialah.. bukan sekadar orang politik sahaja yang mengamal 'bawah laci' tapi pada tahap keciput ini pun ada berlaku penyelewengan, salah guna kuasa, claim yang tak sepatutnya, unseing claim dan sebagainya... kalaulah kita cuba menolak pasti ada tawaran dari pihak yang menawarkan latihan untuk kita menimbangkan tawaran mereka dan begitu juga sebaliknya.. so pada aku yang jahil ni biarlah aku menjauhi diri dari tanggungjawab ini.. Biarlah aku susah dari aku menanggung derita di 'sana' nanti... pada mereka yang membaca blog ini fikirlah rezeki yang kita perolehi untukk anak isteri kita.. Kenapa aku tulis macam ni??? sebab aku dah lihat sendiri dan sedia bertanggungjawab atas tulisan ini.... Allah Maha Mengetahui...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment