Wednesday, February 3, 2010

Yang sepatutnya tetapi...kenduri

Ini yang biasa berlaku dalam masyarakat kita ketika berlangsungnya majlis kenduri ape-ape je lah tahlil ke, doa selamat ke , naik buai ke.. potong jambul ke... Ini yang biasa aku hadapi...
senario: biasanya kat surau tempat aku kalau ada orang nak buat tahlil ke dia akan beritahu s/u dan s/u biasanya akan tulis kat white board mention siapa, tarikh dan waktu sesuatu majlis. So biasanya ada yang lepas zohor dan selalunya selepas Isyak... so kita yang dah tahu ni biasanya tak akan makan lah dalam waktu yang terdekat takut kang dan full la pulak.. tak makan kang tuan rumah merajuk hati... so biasanya sebelum magrhib aku pun tak makan lah sampai lah waktu kenduri nanti.. yang jadi masalah aku tengok dah lah janji lepas isyak ok la tu... kena pulak selepas maghrib ada kuliah dah makan masa untuk isyak... maknanya kenduri pun lewatlah nanti.. itu tak masalah sgt.. kuliah tu wajib ... masa kenduri pun sampai.. yang aku kesian tu dah aku dan rakan-rakan yang sewaktu ngan aku semua dah kelaparan maklumlah dari zohor sampai kelepas isyak belum masuk lagi.. ni kena tunggu pulak jemaah semua sampai dan duduk dahulu.. lewat lagi.. bab masuk imam nak mula tahlil satu hal.. siap ada ceramah short la pulak.. hidangan dah terhidang.. perut jangan cakaplah ..siap bau lauk masak kurma dan menyengat di hidung .. imam steady je.. dgn ceramah die... maka doa , zikir pun bermulalah.. sikit punyalah panjang selawat, fatihah, ikhlas, .... laillahaillah. selawat lagi doa.. adalah dekat setengah jam.. nak tegur salah tak tegur banyak pulak umpatan yang keluar... kaki dah kebas bersila , perut dah lapar , malam dah larut , esok nak kena kerje lagi... kenapa lah ada specis imam macam ni.. tak fikir langsung masalah makmum.... setahu aku yang jahil inilah..Nabi ada bersabda " kalau makanan dah terhidang eloklah di segerakan menghadap makanan tersebut".. apanakkata...

No comments:

Post a Comment