Kisah benar ini telah berlaku lama dulu, member aku ni tanya tentang hukum beli rumah yang kedua... Aku jawab kalau tak silap aku ustaz ada bagitau dalam soal ini ada dua jawapan.
1] Kalau beli secara tunai hukumnya harus. Belilah rumah sepuluh buah pun kalau secara tunai maka jawapan nya harus.
2] Kalau beli secara hutang dan melibatkan riba .. hukumnya haram.
Member aku macam tak faham je... atau buat2 tak faham.. ialah, hukum asal beli rumah di Malaysia ni yang mengamalkan sistem kapitalis dan bukan sistem Islam memanglah darurat dan ulamak sepakat kata harus. Nak buat cam ne dah negara aku cam ni.. riba dan rasuah dah macam sedara mara die aje... Dan dalam posting aku daruriat, hajiat dan tahsiniat
beli rumah ini dah kira jatuh hukum daruriah tetapi perlu di ingatkan darurat ini dalam maksud rumah yang pertama dan bukan untuk rumah yang kedua. Kenapa perlu rumah kedua kalau ada niat sekadar untuk di sewakan dan bila cukup masa habis hutang akan di jadikan aset. Itu yang jatuh haram bila niat sudah tidak releven lagi." Tapi sheihk rumah ini untuk anak aku bila besar nanti".. katanya.. No way aku cakap... apa hal beli sekarang pulak? darurat ke dia hingga kena beli sekarang? kenapa akan datang rumah dah tak di buat lagi ke? Ngarut... jangan nak tipu Allah , dah bagi kelonggaran nak ambil kesempatan pulak... Dan bagi aku yang jahil dan ' loser' ini biarlah aku menyewa sahaja nanti dah pencen nanti ambil duit buat je rumah sendiri habis cerita tak payah terlibat ngan riba... [ ini belum cerita bab riba dalam KWSP lagi, nantilah aku post]
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment